Dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.1
Dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.2
Dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.3
Dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.4
Dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.5
Dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.6
Dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.7
Dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.9
no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dlm asas pertandingan, baik hati, peramah & autoriti. Anda ingin mendahului dlm apa jua keadaan. Anda seorang yg berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bwh pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dlm usia yg muda tp akan berkahwin pd usia yg matang. Anda tidak suka akan orang yg bertentangan pendapat dgn anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan org yg bersalah dgn anda. Anda seorang yg kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dlm kerjaya yg anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dgn pencapaian anda.
Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal -> no.4, 6, 8.
no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan bulan & semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jd anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yg sukar diramal krn anda membuat perubahan berdasarkan masa & keadaan. Anda juga seorang yg mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dlm muzikal, seni & komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yg datang keredupan & pudar jd semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yg bertanggungjawab dlm keluarga.
Pasangan ideal -> no.2, 5, 9.
no.3
Anda adalah seorang yg berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama & suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga & anda dapat mengharungi dgn kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yg cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yg anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yg menghormati
orang yg lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan,kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.
Pasangan ideal -> no.6,9.
no.4
Anda adalah seorang yg amat degil & rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yg bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dlm penyelidikan & seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan2 yg menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati2 dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan2 anda akan
menghabiskan masa & wang ringgit anda & selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang & sabar & tegas.
Pasangan ideal -> no.1,8.
no.5
Anda sangat popular dlm komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dlm menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan2 & ahli keluarga. Kawan2 & ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yg setia dlm hubungan percintaan. Anda suka perubahan & kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara & ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.
Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa2 perkara & hanya ingin berseronok dlm hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran & pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yg cantik atau kacak. Semua benda yg baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga & kawan2 anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yg murah hati, peramah, adil saksama & mempunyai penilaian yang tajam.
Pasangan ideal -> no.1, 3, 9.
no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yg realistik, yakin, gembira & merupakan seorang yg genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni & nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yg amat tinggi sekali sehingga kadang2 mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah
dilahirkan untuk memberi sumbangan kpd dunia ini. Jadi anda seorang yg bagus & seorang yg amat gembira.
Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
Anda mempunyai personaliti yg sangat kuat jadi tak ada orang yg memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat & tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama2 dgn kawan2. Anda seorang yg disiplin dlm hidup, tidak putus asa dan berani.
Faktor2 ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga & pejuang yg sangat bagus.
Pasangan ideal -> no.1, 4.
no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yg sangat tajam. Anda juga adalah seorang yg sangat dihormati dlm komuniti. Anda adalah orang yg boleh menerima cabaran & berjaya dlm apa jua yang anda buat. Pada usia yg muda anda selalu bertentangan dgn ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yg taat & hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya & yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kpd orang lain.
Pasangan ideal -> no. 3, 5, 6.
* cam betul je..heh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment