Selepas engkau berusaha belajar,
Engkau tetap juga tidak menjadi orang pandai,
Apakah engkau hendak menyoal Tuhan,
Mengapa engkau tidak dipandaikan?!
Allah lebih mengetahui dari engkau,
Kalau engkau pandai,engkau akan merosakkan diri engkau,
Mungkin juga engkau akan merosakkan masyarakat engkau?!
Setelah engkau berusaha mencari kekayaan,
Namun engkau miskin juga,
Jangan tanya Tuhan mengapa engkau dimiskinkan?!
Allah membuat ada ukuran, ada didikan,ada pengajaran untuk keselamatan,
Kalau engkau rosak juga,
Ertinya engkau tidak pandai menerima keadaan..
Apabila engkau sakit-sakit sahaja selepas engkau berusaha untuk sihat,
Jangan rasa tidak senang dengan Tuhan,
Tuhan Maha Bijaksana dari engkau,
Sihat kan lebih baik?
Itu rasa engkau dan kehendak engkau,
Tapi Tuhan Maha Mengetahui,
Kalau engkau sihat engkau lebih jahat,
Sakit itu padanlah bagi engkau..
Kalau engkau rakyat jelata, tidak berpangkat, tidak berkuasa,
Engkau bersedih dan merintih,
Kesal tidak berkesudahan,
Tidak redha dengan Tuhan,
Kedudukan engkau itu padanlah dengan engkau,
Mana engkau boleh jamin,
Kalau engkau berpangkat dan berkuasa,
Engkau berlaku adil,
Apa jaminan engkau tidak menyalahguna kuasa bila berkuasa..
Jika engkau selalu sahaja ditimpa bala bencana,
Redhalah,
Di situ mesti ada kebaikannya, percayalah,
Kalau Allah tidak lakukan begitu kepada engkau,
Mungkin engkau menjadi penzalim dan pengacau,
Justeru itu redhalah dengan ketentuan Tuhan engkau..
Allah tidak lakukan sesuatu dengan sia-sia,
Allah tidak main-main dengan ciptaan-Nya,
Setiap apa yang dilakukan-Nya,
Ada hikmah, ada pendidikan dan ada pengajaran,
Allah Maha Mengetahui,
Kita tidak mengetahui.
Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.Usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.
Sebab apa?
Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi.Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan.
Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.
Usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik.Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.
Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.
Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.
Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.Itu saja yang membezakan.
Mata Ke Mata..
Ke Hati..
Hati ke Hati..
Hati Hati..
Bibir Ke Bibir..
Bicara Janji..
Janji Ke Janji..
Jadi Hujan…
Rindu ke Rindu..
Termimpi mimpi..
Hari Ke Hari..
Nanti di nanti..
Menanti Pasti..
Pasti Disisi..
Sisiku Kini..
Ternanti nanti..
Bila diceritakan tentang cinta
Segalanya muncul sekelip mata
Semuanya di depan matanya dia
Makan tidur pun tak lena
Dia… cinta…
Dia… sayang…
Aku… dicinta…
Aku… disayang…
Kamu yang bawa ku terbang
Kamulah jua yang membawa cinta
Ke jalannya..
Kamu yang bawa ku terbang
Ke bintang kejora cinta kita
Kekal untuk selamanya
Kita berdua kian bermesra
Rindu makin membara
Kita berdua bermain kata
Pasang surut tak endah
Dia… cinta…
Dia…. sayang…
Aku…. dicinta..
Aku… disayang…
Kamu yang bawa ku terbang
Kamulah jua yang membawa cinta
Ke jalannya…
Kamu yang bawa ku terbang
Ke bintang kejora cinta kita
Kekal untuk selamanya
Mata hati jiwaku…
Seluas antartik
Sebesar Jupiter
Namun segitiga bermuda
Ku ganti sungai merah
Dengan darahku
Rinduku meragutkan
Kehangatan cinta kita
Mungkin tidak sehebat mana
Ku di pertikaikan kasih
Ku bukan tempat dua ketiga
Di hati ku cuma kau yang satu
Seterusnya nyatanya hanya
Dirinya jiwanya
Jiwa ku rentas benua
Warna angkasa cinta
Cintalah kamu…
Kamu yang bawa ku terbang
Kamulah jua yang membawa cinta
Ke jalannya…
Kamu yang bawa ku terbang
Ke bintang kejora cinta kita
Kekal untuk selamanya
camne haku nk rase diri haku ni cantik?
kenapa haku nampak semua orng lawa...
tp haku..uhuh
susahnye conflik diri haku ini...
any advice?
Tuhan tu maha kaya..
Diberikan manusia itu cuaca yang tenang.
Kadang-kadang diberi juga cuaca mendung.
Sekali-sekali hujan lebat dan kilat dentum menentum.
Kenapa bila kilat kita salahkan tuhan?
Walhal dia dah berikan cuaca tenang sebelum hujan dan
kecantikan pelangi selepas hujan?
Ada hikmahnya kilat sabung menyabung.
Ada hikmahnya cuaca yang tenang dan aman damai.
Ada sebabnya dijadikan pelangi selepas hujan dan kilat.